PANDUAN AWAM

Kami adalah sebuah pertubuhan yang sedia Membuka ruang pegaduan ,perkongsian pendapat,pembangunan masyarakatan dan pelbagai untuk kepentingan umum.Perkara-perkara yang
tiada sumber fakta secara jelas kami tidak akan menyiarkan dan apa juga perkara yang menayalahi perundangan kerajaan Malaysia.

Khamis, 11 April 2013

P 140 PARLIMEN SEGAMAT KRITIKAL


 
Salam kesejahteraan buat pembaca blog Pertubuhan Generasi Bemuda Segamat.Sebagai Badan bukan kerajaan (NGO) Daerah segamat kami terus komited dalam mendengar dan menyampaikan maklumat untuk kepentingan umum masyarakat.Dalam suasana PRU 13 kami telah dihadiri oleh pelbagai pihak yang secara langsung terpanggil untuk menyiarkan dalam laman blog Pertubuhan.
P 140 Kerusi Parlimen Segamat yang disandang oleh Datuk S.Subramaniam (BN) pada PRU 12 lalu.PRU 12 lalu daftar pengundi Parlimen Segamat sejumlah 40,708 pengundi dan terdapat 42 tempat pembuangan undi.Mejoriti kemenangan calon BN S.Subramaniam 2,997 dan dari keputusan PRU 12 juga sangat jelas Pengundi cina telah hilang kepercayaan kepada calon BN.
Kemenangan BN nyata dari pengundi-pengundi Melayu diantaranya peti undi Mensudut lama,Balai Badang,Palong timur,sepang Loi,Mensudut pindah dan Kampung Awat.Dari tinjauan kami kerusi Dewan Undangan Negeri N01 (Buloh Kasap) telah menyumbang kemenangan kepada Parlimen Segamat.Kerusi Dewan Undangan Negeri N02 (Jementah) telah mengalami kehilangan Mejoriti yang agar kritikal.
Calon BN N01 (buloh Kasap) mejoriti 4,466 dan Calon BN N02 (Jementah) Mejoriti 1,814 dengan jumlah keseluruhan Mejoriti 7,118 tapi sebaliknya kemenangan yang diraih oleh Parlimen Segamat hanya sebanyak 2,997.Dari pelbagai sumber Maklumat yang diterima,jika kerusi Dewan undangan Negeri N01,N02 dan P140 masih disandang calon yang sama pada PRU 13 nanti bakal mengundang kekalahan.
Rata-rata pengundi Parlimen Segamat kini kian bosan dengan calon yang langsung tidak memberikan sebarang perubahan dari segi ekonomi,pembangunan dan pembelaan kepada rakyat setempat.Dasar-dasar yang dilaungkan Kerajaan BN hanya omongan tersebar di media cetak dan elektronik namun tiada perlaksanaan yang diterima Rakyat di Parlimen Segamat.
Kebergantungan Parlimen Segamat dari peti undi Palong Timur yang mana telah dibantu  secara jelas oleh FELDA.PRU 13 kelak menyaksikan Parlimen Segamat akan kehilangan banyak pengundi-pengundi muda.

Isnin, 26 Mac 2012

RINGKASAN PENUBUHAN DAN MATLAMAT

1.      27.APRIL.2008 Mesyuarat Perlantikkan Ahli Jawatankuasa Penaja telah dilangsungkan:-
Di NO. 116 (Lot 1725) Jalan Besar kampong Sawah Baru Labis , Segamat ,Johor Jam 9.00 malam.

2.      29.JULAI.2008 Pertubuhan Generasi Bemuda Segamat Telah mendapat Kelulusan Pendaftaran sebagai Pertubuhan Berdaftar mengikut Perlembagaan Pertubuhan 1966.

3.      28.JANUARI.2009 Mesyuarat buat kali Pertama untuk penggal 2009 – 2010 dan perlantikkan secara sah telah dibuat.


4.      Matlamat Utama Penubuhan meningkatkan akan kepentingan arah tuju Generasi mendatang.

5.       Sedia membantu mana-mana individu ahli atau bukan untuk pembelaan dan pembangunan untuk kepentingan umum.

Rabu, 21 Mac 2012

UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN


FASAL 1    NAMA DAN ALAMAT

                  Pertubuhan ini dikenali dengan nama “PERTUBUHAN GENERASI BEMUDA 
                   SEGAMAT,JOHOR”,selepas ini disebut “pertubuhan” sahaja.
FASAL 2    TEMPAT URUSAN BERDAFTAR
(1)   Alamat tempat urusan berdaftar pertubuhan ialah di Lot 1725,kampong sawah bahru,85300 Labis,Johor,atau di tempat atau tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari masa kesemasaoleh jawatnkuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah juga di Lot 1725,kampung sawah bahru,85300 Labis,Johor.
(2)   Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3    TUJUAN/MATLAMAT
(1)   Menyatupadu dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela,tolong menolong dan demokrasi di antara ahli-ahli.

(2)   Mewujudkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani,jasmani dan pendidikan dikalangan ahli-ahli.
(3)   Mewujudkan dan menggalakkan kerjasama dan kesefahaman di antara ahli-ahli melalaui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
(4)   Memohon,memiliki,memperolehi,membeli,menyewa dan mencagar harta tetap seperti tanah,bangunan,ladang dan lain-lain harta dengan syarat mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
(5)   Memungut derma dan menerima sumbangan kewangan untuk tujuan menjalankan menjalankan aktiviti-aktiviti Pertubuhan dengan syarat mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan terlebih dahulu.
(6)   Menjalankan aktiviti pernigaan dengan syarat :-
“semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana pernigaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan,memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang,faedah,keuntungan atau bonus kepada ahli-ahli pertubuhan.Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik,untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini”

FASAL 4      KEAHLIAAN
(1)   Keahlian Pertubuhan ini terbahagi kepada dua bahagian :-
a)     AHLI BIASA – Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas tetapi tidak melebihi 40 tahuj\n pada tarikh permohonan diterima,yang lahir atau menetap didalam daerah segamat,tanpa mengira bangsa,jantina dan agama.
b)     AHLI BERSEKUTU –
i)                 Ahli veteran – Terbuka kepada semua orang yang berumur 40 tahun dan keatas,warganegara Malaysia,menetap didalam daerah segamat tanpa mengira bangsa,jantina dan agama.
ii)               Ahli orang kurang upaya (OKU) – Terbuka kepada semua orang kurang upaya,warganegara Malaysia,menetap didalam daerah segamat tanpa mengira kecacatan fizikal (buta,bisu,pekak dan lain-lain anggota badan),semua bangsa,jantina dan agama.
·       Ahli-ahli Bersekutu mendapat keistimewaan seperti ahli biasa kecuali hak mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.

(2)    Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada setiusaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluska.Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
(3)   Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti disebut diatas,hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperi yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
(4)   Seorang pelajar universiti atau kolej–universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Unversiti yang bekenaan.

FASAL 5      BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN.

(1)   Bayaran masuk dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-
a)     Ahli Biasa –
Bayaran masuk – RM 10.00 (Ringgir Malaysia Sepuluh Sahaja)
Yuran Tahunan – RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)
b)     Ahli Bersekutu –
i)                 Ahli Veteran
Bayaran masuk  - RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja)
Yuran Tahunan  - RM 1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja)
ii)                Ahli Kurang Upaya (OKU)

                                              bayaran masuk    RM 1.00(Ringgit malaysia satu)
Yuran Tahunan  - RM 1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja)
(2)    Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu didalam bulan februari tiap-tiap tahun.
(3)    Ahli yang membiarkan hutang yuran tahunannya sebanyak lebih daripada satu tahun akan menerima surat yang ditandatangani oleh setiusaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistemewaan sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
(4)    Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah dua tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
(5)   Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi ahli-ahli yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutangnya.

(6)   Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan,maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

FASAL 6      PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1)    Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah member kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada setiusaha dan menjelaskan hutangnya.
(2)    Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa.Sebelum jawankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut,ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

  FASAL 7     MESYUARAT AGUNG

(1)   Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat agung ahli-ahli.Sekurang-kurang satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah Jawatankuasa mengikut mana yang kurang,hendaklah hadir di dalam Mesyuarat agumg bagi mengesahkan perjalanan Mesyuarat dan mencukupkan korum untuk Mesyuarat.
(2)    Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat,maka Mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa,dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang lah ditetapkan untuk Mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan Mesyuarat tetapi tidaklah bekuasa meminda udang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
(3)   Mesyuarat Agung Tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb.mac pada tarikh,masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.kerja-kerja Mesyuarat agung tahunan ialah:-
(a)   Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Pertubuhan didalam tahun lalu;

(b)   Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun;

(c)    Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Pemeriksa kira-kira dua tahun sekali;dan

(d)   Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam Mesyuarat itu.

(4)   Setiusaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum mesyuarat agung tahunan diadakan,suatu pengumuman yang menerangkan tarikh,waktu dan tempat mesyuarat serta satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit.Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli dialamat tempat urusan berdaftar Pertubuhan.
(5)   Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:
(a)   Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa,atau
(b)   Diatas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada  
satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakan.Permintaan itu hendaklah dihantar kepada setiusaha Pertubuhan.
(6)   Mesyuarat Agung Khas yang diminta loeh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat.

(7)   Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh setiusaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8)   Fasal 7 (1) dan Fasal 7 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh ini.Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(9)   Setiusaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya Mesyuarat itu.

FASAL  8        JAWATANKUASA
(1)   Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali didalam Mesyuarat Agung Tahunan :

Seorang Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiusaha
Seorang Penolong Setiusaha
Seorang Bendahari
Seorang Penolong Bendahari
Tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
(2)    Pemegang-pemegang Jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap Pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
(3)    Nama-nama untuk Jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dua (2) tahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli didalam Mesyuarat Agung Tahunan.Semua Pegawai hendaklah memegang Jawatan selama dua (2) dan boleh dilantik semula.
(4)    Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat Keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung.Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bekenaan Kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.
(5)    Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga (3) bulan.Pengumuman bagi tiap-tiap Mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahulu.Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli Jawatankuasa boleh bersama-sama memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum untuk Mesyuarat.
(6)    Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka setiusaha bolehlah mendapat kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:
(a)    Masaalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Jawatankuasa:
(b)    Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatnkuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu : dan
(c)    Keputusan hendaklah dengan undi terbanyak.
                              *Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah       

                                dilaporkan oleh Setiusaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk             

                               disahkan dan dicatatkan didalam peringatan Mesyuarat.                                                               

                               

(7)   Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan didalam Jawatankuasa.

(8)   Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan,calon yang kedua mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu,maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9)   Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiusaha dan pegawai-pegawai lain  untuk Pertubuhan,dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak.Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,curang,tidak cekap,engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan
(10)  Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 9       KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
(1)   Pengerusi,dalam tempoh menyandang jawatannya,hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua Mesyuarat.Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama Setiusaha dan Bendahari.
(2)   Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaanya.
(3)   Setiusaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa.Ia bertanggungjawab menjalankan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku,surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.Setiusaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti Nama,Tempat dan Tarikh Lahir,Nombor Kad Pengenalan,Pekerjaan,Nama dan Alamat Majikandan AlamatRumah Kediaman tiap-tiap ahli.Ia hendaklah hadir menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari.Setiusaha hendaklah dalam masa enam puluh (60) hari daripada Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan Penyata Tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan,1966.
(4)   Penolong Setiusaha Hendaklah menolong Setiusaha menjalankan Kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiusaha.
(5)   Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan.Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiusaha.
(6)    Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.

(7)   Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menghadiri semua Mesyuarat dan membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas-tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10     KEWANGAN
(1)   Tertakluk kepada peruntuk-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuklah belanja Pentadbiran,bayaran gaji,biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang begaji serta upah memeriksa kira-kira.Walau bagaimanapun,wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
(2)   Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa.Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan kedalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa.Kira-kira bank itu hendaklah di atas Nama Pertubuhan.

(3)   Segala Cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi,Setiusaha dan Bendahari.Semasa ketiadaan Pengerusi,Setiusaha dan Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
(4)   Perbelanjaan berjumlah RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa,dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu.Perbelanjaan yang kurang daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama-sama dengan Setiusaha dan Bendahari.
(5)    Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh bendahari dan pemeriksa kira-kira yang dilantik dibawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya Tahun Kewangan.Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan berdaftar Pertubuhan.
(6)   Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb januari dan berakhir pada 31 disember tiap-tiap tahun.

FASAL 11    PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1)   Dua (2) orang yang bukan Pegawai Pertubuhan boleh melantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.
(2)   Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12    HARTA TIDAK BOLEH ALIH

(1)   Harta tidak boleh alih Pertubuhan ini hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala suratcara yang berkaitan dengan harta ini adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah surat-suratcara itu adalah disempurnakan oleh tiga (3) orang pemegang Jawatan Pertubuhan itu  (Pengerusi,Setiusaha dan Bendahari)
Yang ada pada masa itu dan perlantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar Pertubuhan dan dimeterikan dengan meteri Pertubuhan.
(2)   Harta tidak boleh alih Pertubuhan tidak boleh dijual,digadai,ditarik balik atau ditukar milik dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Ahli.

FASAL 13     TAFSIRAN UNDAND-UNDANG

(1)   Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung,Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa,jika mustahak,boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.
(2)   Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang dibuat dalam Mesyuarat Agung,keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.


FASAL 14    PENASIHAT/PENAUNG

(1)   Jawatankuasa boleh,jika difikirkan perlu,melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis terlebih dahulu.

FASAL 15     LARANGAN
(1)   Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette,Lotto,Fan Tan,Poh,Peh Bin,Belangkai,Paik kau,Tau Ngau,TienKow,Chap Ji Kee,Sam Cheong,Dua Puluh Satu,Tiga Puluh Satu,Sepuluh Setengah,Semua Permainan Dadu,Banker’s Game,billiard,Snooker,Permainan Video,Permainan Komputer dan Semua Permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.
(2)   Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barabg-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan Sekerja seperti difinisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja,1959;
(3)   Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan Loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak,atas Nama Pertubuhan atau Pegawai-Pegawai atau Jawatankuasa atau ahli,tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan ;
(4)   “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,tidak boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 16     PINDAAN UNDANG-UNDANG

(1)   Undang-Undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.Permohonan untuk perubahan atau pindaan Undang-Undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari daripada tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

FASAL 17     PEMBUBARAN
(1)   Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang behak mengundi di dalam suatu Mesyuarat Agung Yang Dipanggil Khas Kerananya.
(2)   Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Berkenaan.
(3)   Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh Pembubaran itu.