Salam kesejahteraan buat pembaca blog Pertubuhan Generasi Bemuda Segamat.Sebagai Badan bukan kerajaan
(NGO) Daerah segamat kami terus komited dalam mendengar dan menyampaikan
maklumat untuk kepentingan umum masyarakat.Dalam suasana PRU 13 kami telah
dihadiri oleh pelbagai pihak yang secara langsung terpanggil untuk menyiarkan
dalam laman blog Pertubuhan.
P 140 Kerusi
Parlimen Segamat yang disandang oleh Datuk
S.Subramaniam (BN) pada PRU 12 lalu.PRU 12 lalu daftar pengundi Parlimen
Segamat sejumlah 40,708 pengundi dan terdapat 42 tempat pembuangan undi.Mejoriti kemenangan calon BN
S.Subramaniam 2,997 dan dari
keputusan PRU 12 juga sangat jelas Pengundi cina telah hilang kepercayaan
kepada calon BN.
Kemenangan BN nyata dari pengundi-pengundi Melayu diantaranya
peti undi Mensudut lama,Balai Badang,Palong timur,sepang Loi,Mensudut pindah
dan Kampung Awat.Dari tinjauan kami kerusi Dewan Undangan Negeri N01 (Buloh
Kasap) telah menyumbang kemenangan kepada Parlimen Segamat.Kerusi Dewan
Undangan Negeri N02 (Jementah) telah mengalami kehilangan Mejoriti yang agar
kritikal.
Calon BN N01 (buloh
Kasap) mejoriti 4,466 dan Calon BN N02 (Jementah) Mejoriti 1,814 dengan jumlah keseluruhan
Mejoriti 7,118 tapi sebaliknya
kemenangan yang diraih oleh Parlimen Segamat hanya sebanyak 2,997.Dari pelbagai sumber Maklumat
yang diterima,jika kerusi Dewan undangan Negeri N01,N02 dan P140 masih
disandang calon yang sama pada PRU 13 nanti bakal mengundang kekalahan.
Rata-rata pengundi Parlimen Segamat kini kian bosan dengan
calon yang langsung tidak memberikan sebarang perubahan dari segi
ekonomi,pembangunan dan pembelaan kepada rakyat setempat.Dasar-dasar yang
dilaungkan Kerajaan BN hanya omongan tersebar di media cetak dan elektronik
namun tiada perlaksanaan yang diterima Rakyat di Parlimen Segamat.
Kebergantungan Parlimen Segamat dari peti undi Palong Timur
yang mana telah dibantu secara jelas
oleh FELDA.PRU 13 kelak menyaksikan Parlimen Segamat akan kehilangan banyak
pengundi-pengundi muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan